Makhluk Hidup Keluar Dari Yang Mati


 Maksudnya: "Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur)" [30 Surah Ar-Rum Ayat 19]

Maksud ayat di atas perumpamaan yang diberikan Allah S.W.T di dalam kitab suci Al-Quran. 

Maksud disebalik ayat "Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup... merupakan satu contoh kekuasaan Allah S.W.T dalam menghidupkan makhluk yang bernyawa. Contoh yang paling sesuai adalah penciptaan telur. Contohnya telur ayam. Ayam dikeluarkan (menetas) dari telur yang mati (tidak bernyawa), dan sebenarnya juga telur itu sendiri adalah keluar dari ayam yang hidup. Betapa agungnya penciptaan Allah bahawa telur yang hanya berisi kuning dan putih telur sahaja boleh menghasilkan makhluk yang bernyawa tanpa perlu mendapakan makanan dari ibunya tidak seperti makhluk lain yang perlukan makanan daripada ibunya semasa di kandungan.


Maksud ayat "...dan menghidupkan bumi setelah mati (kering)..." adalah merujuk kepada tanah yang ketandusan. Ini kerana tanpa air, tanah pasti kering dan tumbuhan tidak berupaya hidup. Air hujan yang diturunkan ke bumi dengan izin Allah S.W.T dapat menghidupkan semula pelbagai jenis tumbuhan dengan sendirinya. Tanah yang sebelum ini ketandusan, telah menghijau dengan kehidupan pelbagai tumbuhan dan pelbagai pohon buah-buahan yang enak dimakan selain sumber minuman bagi makhluk hidup yang yang lainnya. Sedar atau tidak, air merupakan elemen terpenting dalam pengwujudan makhluk termasuk dalam proses persenyawaan. Manusia, tumbuhan, dan haiwan berkembang biak kerana elemen ini.


Maksud ayat "...Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur)..." pula merujuk kepada kekuasaan Allah yang berupaya mengeluarkan dan menghidupkan semula manusia yang telah mati dari kubur masing-masing di akhirat kelak. Bagaimana Allah berupaya menghidupkan adalah seperti contoh kekuasaan yang ditunjukkan seperti penerangan di atas tadi. Contoh-contoh di atas tadi adalah contoh yang boleh dilihat oleh semua manusia untuk manusia berfikir betapa Allah S.W.T Maha Kuasa atas segala sesuatu. Bersandarkan contoh-contoh yang diberikan Allah kepada manusia melalui Al-Quran itulah, Allah menjanjikan di akhirat kelak semua manusia yang telah mati akan dihidupkan kembali untuk diadili.


Semoga kita mendapat rahmat daripadaNya. Semoga kita sama-sama saling ingat-mengingati satu sama lain bahawa kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Di dunia inilah kita perlu mencari seberapa banyak bekalan untuk di bawa ke akhirat kelak. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memberi petunjuk kepada kita supaya kita tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang tersesat dan menzalimi diri sendiri...

The Screw:- Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk dan hidayah kepada kita selama kehidupan kita di dunia ini...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rahsia Piramid Firaun Dibina

Asmaul Husna