Catatan

Cari Arah Kiblat Dengan Qibla Finder Google!

Imej
Qibla Finder cara baru tahu arah kiblat & terbaik menggunakan telefon bimbit anda! Jika anda gunakan hand phone sekarang taip di browser g.co/qiblafinder atau KLIK DI SINI   The Screw:- Kena semak arah kiblat rumah kita :-)

Asmaul Husna

Imej
untuk paparan download lebih baik, klik gambar> klik kanan kursor> save image as... Muat turun KLIK DI SINI The Screw: Semoga kita beroleh kebaikan daripada Allah S.W.T
Imej
Nak dengar kuliah, ceramah, tazkirah yang bagus? Sila  KLIK DI SINI  dan nikmati ilmu yang banyak di sini YouTube channel JalanSyurga. Silakan share nanti ya. Semoga jariah berpanjangan ! The Screw:-  Jangan lupa share ok

Surah Luqman Ayat 27

Imej
Maksudnya: "Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (Surah Luqman [31:27]) The Screw :- Sesungguhnya ilmu Allah itu tidak terbatas

Al-Quran online Terbaik!

Imej
Jom baca 30 juzuk Al-Quran   online , dengar bacaan dari lebih 20 pilihan pembaca, atau semak maksud Al-Quran dari lebih 100 terjemahan seluruh dunia! Jom   KLIK DI SINI   atau taip di google  tanzil.net Kerang Laut:- Jom pa kat share ye

Wiget Waktu Solat Di Blog @Laman Web Anda!

Imej
KLIK DI SINI ye.. The Screw: Jangan lupa kongsi-kongsikan ok :-)

Panduan Solat Jama' dan Qasar

Imej
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut: 1.0 Solat  Qasar 1.1  Takrifan      Solat  Qasar  adalah  mengqasarkan  (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua  rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan . 1.2  Hukum  Qasar       Harus berdasarkan kepada dalil berikut:       i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;       “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa  mengqasarkan  (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”      ii. Al-Sunnah yang bermaksud;       ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu  mengqasarkan  solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku       telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,  solat  qasar  itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”      ( Riwayat al-Nasa’i dan Abu D

Panduan Solat Sunat Tarawih

Imej
Dalam bulan Ramadan, umat Islam sudah pastinya mengerjakan solat-solat sunat termasuklah solat sunat tarawih.  So, bagi yang macam dah lupa ke apa ke macam mana nak solat sunat tarawih, boleh lah download dengan KLIK DI SINI   Panduan ni dari JAKIM so jangan ragu-ragu ye... The Screw :- Jom Share...

Rahsia Piramid Firaun Dibina

Imej
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang yang berdusta" (al-Qashash: 38) Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibina oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu? Akhbar American Times edisi 1 Disember 2006 menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan k

Makhluk Hidup Keluar Dari Yang Mati

Imej
 Maksudnya: "Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur)" [30 Surah Ar-Rum Ayat 19] Maksud ayat di atas perumpamaan yang diberikan Allah S.W.T di dalam kitab suci Al-Quran.  Maksud disebalik ayat "Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup... merupakan satu contoh kekuasaan Allah S.W.T dalam menghidupkan makhluk yang bernyawa. Contoh yang paling sesuai adalah penciptaan telur. Contohnya telur ayam. Ayam dikeluarkan (menetas) dari telur yang mati (tidak bernyawa), dan sebenarnya juga telur itu sendiri adalah keluar dari ayam yang hidup. Betapa agungnya penciptaan Allah bahawa telur yang hanya berisi kuning dan putih telur sahaja boleh menghasilkan makhluk yang bernyawa tanpa perlu mendapakan makanan dari ibunya tidak seperti makhluk lain yang perlukan makanan daripada ib

Makruh Memakai Baju Bergambar Ketika Solat

Imej
Memakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir. Naib Menteri Wakaf Mesir, Dr. Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata, walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci. "Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah. "Imam Abu Hanifah An-Nu”man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ”sesungguhnya Allah SWT melihat aku”,” katanya dalam laporan yang disiarkan dala